Kempen Budi Bahasa Amalan Kita telah dilancarkan pada 18 Februari 2013. Kempen ini akan dijalankan sepanjang tahun. Antara aktivitinya adalah Anugerah Pelajar dengan memberikan bagde sifat positif iaitu Terima Kasih, Tolong Menolong, Senyum Selalu, Hormat Menghormati dan Baik Hati.
Selain itu, kempen budi bahasa ini juga menerapkan budaya berterima kasih kepada semua guru dengan mengungkapkan 4 ayat iaitu Terima Kasih Cikgu, Maafkan Kami Cikgu, Halalkan Ilmu Kami cikgu, Doakan Kami Cikgu. Ayat ini diucapkan setiap kali selesai proses pembelajaran di kelas.
Semoga amalan positif ini akan memberikan impak kepada diri pelajar. Amin.